Sejarah Sekolah


Sekolah Menengah Idris Shah Gopeng mempunyai rentetan sejarahnya yang tersendiri. Ianya bermula pada tahun 1962, bila pelajar-pelajar Tingkatan 1 – aliran Inggeris telah menyambung pelajaran mereka di Government English School setelah tamat darjah VI di sekolah yang sama, iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan, Gopeng pada masa ini. Pada waktu itu jua terdapat tingkatan 1 sekolah lanjutan yang merupakan sebahagian daripada pelajar di Government English School, tetapi oleh kerana bilangan kelas yang tidak mencukupi, mereka belajar di SRJK(C)  Man Ming. Kemudiannya pelajar di SRJK(C)  Man Ming ini berpindah pula ke SRJK(C) New Kopisan. Pada awal Januari 1965, hasrat untuk mempunyai bangunan sekolahnya yang tersendiri tercapai apabila bangunan sekolah ini siap dan digunakan pada bulan April 1965 dan dinamakan Lower Secondary School, Gopeng.

Pada tahun 1965, sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan iaitu blok A, B dan C termasuk 2 buah makmal, 1 bilik Sains Panduan dan sebuah kantin. Bilangan pelajar pada waktu itu adalah seramai 553 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 30 orang guru. Pada tahun 1964, hanya ada sebuah kelas Tingkatan 3. Para pelajar ysng berjaya dalam peperiksaan SRP akan menyambung pelajaran Tingkatan IV di sekolah-sekolah di Ipoh atau Kampar.

Pada tahun 1965, Lower Secondary School Gopeng telah mengambil para pelajar Tingkatan 1dari aliran Melayu, di mana calon dari kedua-dua aliran ini mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajarannya pada tahun 1967. Pada waktu itu terdapat 2 buah kelas aliran Melayu dan 3 buah kelas aliran Inggeris.

Masa terus berlalu dan sekolah ini terus berkembang denga pesatnya terutama sekali dengan pertambahan murid-muridnya. Pertambahan murid ini telah membawa kepada perlunya pertambahan bilik-bilik darjah, di mana blok D telah ditambah dan pada tahun 1975 blok E dan F pula telah dibina. Apabila siapnya kedua-dua bangunan baru ini, maka sekali lagi sekolah ini mengukir sejarahnya tersendiri di mana sekolah ini kemudiannya dinamakan Sekolah Menengah Idris Shah, Gopeng mengambil sempena DYMM Sultan Perak pada ketika itu iaitu Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah. Perasmian sekolah ini telah disempurnakan pada 10 Ogos 1976 oleh Paduka Seri Sultan Perak sendiri bersempena dengan keputeraan Baginda yang ke 52.

Sekolah ini terus berkembang di bawah pentadbiran beberapa orang Pengetua. Pengetua sekarang  ialah Pn Hjh Robiah Bt  Ahamad yang mula bertugas di sekolah ini pada awal 2009.



Leave a Reply

Required fields are marked *.